Assalamualaikum dan salam aidil adha dari kami di TBZ.. Hari ini 9 Zulhijjah hari wukuf di Arafah, hari yang dinanti nantikan oleh berjuta umat Islam di seluruh dunia dan merupakan kemuncak kepada ibadah haji. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Tahun ini Aidil Adha teramat istimewa... Dengan izin Allah dan majunya teknologi hari ini, KB bertuah kerana sentiasa dapat lintas langsung dari tanah suci melalui suami yang kini berada disana.. Di sini KB berkongsi gambar2 yang sempat diabadikan oleh sang suami sebelum telefon bimbitnya hilang mungkin dalam kesesakan manusia di sana.. Redhakan jer insya Allah akan ada rezeki lain yang lebih besar nanti. Terima kasih atas gambar2 dan semoga Allah permudahkan perjalanan haji abang dan menganugerahkan pada abang Haji Mabrur... Amin.
Betapa hebatnya kuasa Allah, betapa indahnya kaabah, betapa ajaibnya kuasa Allah sehingga berjuta manusia dapat berkumpul di kota Mekah pada satu masa. Semoga Allah segera juga menjemput KB pula ke tanah suci untuk menunaikan haji dalam masa terdekat ini, tak sabar rasanya...
Raudhah :sentiasa sesak dengan manusia walaupun pada jam 2 pagi...
Masjid Nabawi di Madinah
Jabal Uhud