Thursday, July 30, 2009

Minnie Mouse birthday cake


Latest update on baking.. nilah ada sikit2 gambar yang worth publishing..Birthday cake- for Hazana's niece...Happy birthday Ain.

Kitty for adoption

Today kiter cerita lain sikit dari projek2 baking. My Mom kebetulan ada 5 ekor anak kucing yang kena di buang. Ini kerana kami dah terima warning dari maintenance suruh buang all the cats. Due to complaints from neighbours kittty ni bila terlepas selalu pergi main2 dekat balcony diorang. Ada juga kitty ni pergi buat bisnes dekat area tu. So diorang marah.

My mom pun bukan jenis bela kucing tp mak kitty ni dah terberanak pulak dekat rumah my mom yang kat ground floor ni. So my Mom kesian tengok 5 ekor ni baby dan tengah menyusu lagi so dia kasi shelter and makan. Memandangkan duduk apartment, my mom letak dalam cage dekat balcony. Siang buang litter dia dan my maid basuh balcony hari-hari kut2 ada bau and so on...Still..

Kononnya nak tunggu diorang besar sikit baru nak di buang kat food court dekat bukit indah ni.. tapi bila dah terima warning banyak kali, nampaknya kenalah pergi buang jugak..

Tak sampai hati lah nak tengok my mom buang...geram jugak tapi nak buat macamana. Dapat neighbour yang tak penyayang. My doter.. Lia sedih tak kasi buang sebab sayang sangat kitty ni, playful dan manja sangat dengan dia..So, good bye cats. Hope dapat tuan yang lebih baik...



Goldie

Notie

Blackie

Manja


Shiloh

Sunday, July 19, 2009

Kueh Raya-order2

Salam.. Bagi semua umat Islam kita sudah pun menghampiri penghujung Rejab. Malah hari ini ialah hari Israk Mikraj. Dah tiba kita mula bersiap sedia untuk meningkatkan amal ibadat di bulan2 yang mulia ini.

Walaubagaimanapun,persiapan hari raya harus dimulakan Lebih awal lebih bagus kan?! Tawaran kini terbuka untuk semua yang ingin menjalankan perniagaan di bulan puasa dan hari raya. Jom kita tingkatkan usaha, semoga hari raya kita lebih meriah.

Kueh2 hari raya kini dibuka untuk jualan. Bagi yang berminat untuk menjadi pembekal dengan harga borong, harga borong hanya untuk order 12 pack (50 biji per pack) ke atas. Bagi yang ingin menempah sample bolehlah hubungi Kak Bie. Please email untuk memudahkan Kak Bie forward price.

Tq.. Happy selling...

Tart gulung nenas (50 pc/pack)

Biskut buah2an campuran (50 pc/pack)

Corn flakes i. Madu
ii. White Choc
iii. Dark Choc

Makmur diraja i. inti kacang
ii. inti kurma

Biskut coklat Kristal

Sunday, July 12, 2009

Chocolate buttercream with pitted cherries n blueberry filling


I have been dying to make a buttercream cake. So I was thrilled to receive a birthday cake order for the above. I still need to practice on my roses though...!!