Tuesday, December 17, 2013

Barbie


Sunday, November 3, 2013

Celebration of love in November and Maal Hijrah 1435

Salam to all,

2013 seems to fly ..  it is now November 2013!!  Yeah, yeah, yeah...getting older by the second I know.. but the heart manages to stay the same, forever young.


Syukur alhamdulillah. There are so many things I should be thankful and blessed for. Thankful for all the love surrounding us, thankful for the health, thankful for the wonderful children, thankful for all the never ending blessings granted to us, thankful that we are still breathing... 



Back to business, thinking of posting a tutorial on gumpaste peony.. but didn't get to snap enough pictures, never mind, will do so soon. Meantime here are some pictures I snap on a recent wedding project.


"Selamat Pengantin Baru Nabilah &  Adham..."










The peony flower and some leaves under construction. So challenging you know!! this project.... aiyah...!!! first the gumpaste did not dry up. The wet weather makes the gumpaste became soggy and wilt.  Had to use my ingenuity to adjust the recipe to get the right recipe for wet weather.. than it was too hard too fast. Had to work superfast on the flower. Finally, phewww... done.





The Candy Buffet.. I just love this part.Assembling the candies, thanx uols for helping..



Your very own candy buffet, anyone..  eee. geram kan?! Semua geram cam nak grab jer masa tengah assemble tu . PM, whatsapp or sms for quotation....





Hah.. the highlight off it all... the wedding cake... cantik tak bunga... 



Dengan pengantin baru...


Dengan pengantin lama... hehehehe....

Salam Maa'l Hijrah kepada semua... semoga tahun mendatang lebih baik dan membawa penghijrahan kearah kebahagiaan yang berterusan,  keredhaan dari Allah dan  tercapainya segala hajat insya Allah.

 

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha..1434H/2013 M

Assalamualaikum dan salam aidil adha dari kami di TBZ.. Hari ini 9 Zulhijjah hari wukuf di Arafah, hari yang dinanti nantikan oleh berjuta umat Islam di seluruh dunia dan merupakan kemuncak kepada ibadah haji.  Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. 

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Tahun ini Aidil Adha teramat istimewa...  Dengan izin Allah dan majunya teknologi hari ini, KB bertuah kerana sentiasa dapat lintas langsung dari tanah suci melalui suami yang kini berada disana..  Di sini KB berkongsi gambar2 yang sempat diabadikan oleh sang suami sebelum telefon bimbitnya hilang mungkin dalam kesesakan manusia di sana.. Redhakan jer insya Allah akan ada rezeki lain yang lebih besar nanti.  Terima kasih atas gambar2 dan semoga Allah permudahkan perjalanan haji abang dan menganugerahkan pada abang Haji Mabrur... Amin. 

Betapa hebatnya kuasa Allah, betapa indahnya kaabah, betapa ajaibnya kuasa Allah sehingga berjuta manusia dapat berkumpul di kota Mekah pada satu masa. Semoga Allah segera juga menjemput KB pula ke tanah suci untuk menunaikan haji dalam masa terdekat ini, tak sabar rasanya...











Raudhah :sentiasa sesak dengan manusia walaupun pada jam 2 pagi...
Masjid Nabawi di Madinah















Jabal Uhud