Tuesday, July 27, 2010

Figurine - challenge

Selamat sejahtera to all. KB kali ni exhausted giler.. agaknyer sebab tak ada rest siang kerja, malam bake.. so tak larat sangat. Entri kali ni hah.. nak citer KB terima order dari Mawi bukan yg nyanyi tu ye.. yg order untuk isteri tercinta. Dia nak figurine pregnant lady yang pakai baju belang2. Okay lah tu kan....figurine tu disiapkan 4 days beforehand to dry. Saja biarkan dia berbaju warna original, putih. On the delivery day baru ada courage nak letak stripe sebab memang cuak sikit nak draw stripe tu almaklumlah tangan kena steady gile kalau tidak stripe tak straight, comot dan macam2 lagi. Sigh.. alangkah bagusnya kalau tak de stripe sebab figurine tu dah cun gile pakai baju putih seluar hitam. Tapi KB Mana nak hampakan customer so buat gakle.. comotlah sikit sebab kepenatan dan tangan ketarrrr...


Kek pulak choc moist,kacang. lega....Topping fondant pulak.. okay, siap. Lettering dah buat the day before. Aduh.. patah pulak...kejap bengkok... kejap patah. apsal ni asyik tak menjadi ni... Fuh!!! letak atas kek aisey!! colouring pulak turun atas kek. So... tarik balik... berlubang pulak fondant.. disaster after another... ARGH!!!!! Dah tak sempat dah ni.. delivery time.
So, lastly ku taburkan heartshape sugar bertaburan semoga tercover lah segala flaws. Sorry Mawi, KB did my best..harap tak kecewa....to your lovely wife.. Happy birthday dear...
Rasa tak puas hati sangat dengan hasil kerja. Untuk sejukkan hati... tengok Ultimate Cake off.. lega jugak bila tengok Profesional Baker pun bila buat cake, ada kekadang face disaster jugak....sigh.!! Ini kan pulak small time baker cam KB...well, that's life, ada time ur up, ada time ur down...

Another cake baking day....Carrot Cake with cream cheese. Yummy...order from dear boss Puan Noor Supiah...tq for your support..boss.. keje jalan boss don't worry!!(Phew!! cemas gak)

Macaroni in small pie casing.


Last minit order, chocolate vanilla sponge cake for Little Nabil.....bunga tak berapa jadi. Weekend ada family day, tak sempat nak beli image or anything cartoons for little nabil.. . Janji kek menjadi. Lastly to all my customers, and followers jika ada...rasa nyer tak terlalu awal untuk KB mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Yang mana belum ganti posa tu ayuh jgn lengah lagi...Selamat Berpuasa...

Tuesday, July 13, 2010

Kek sport rim

Salam semua,
Post kali in memang istimewa..Kb terima order untuk membuat kek chocolate moist berbentuk sport rim. Order dari Nadia untuk hubby tercinta . Pastinya hubby peminat sport rim. To Nadia's hubby ( lupa lak Kb nak tanya nama dia) tahniah atas birthday anda dan bertuahnya mendapat isteri yang cantik ...



Mula2 nak jugak buat bunga tayar tepi kek tu....... so akan nampak sebijik tayar. Tapi bila dah kemaskan tepi tu rasa sayang pulak nak 'messy'kan side kek tu. Hope Nadia n family enjoy the cake.

Friday, July 9, 2010

Camelia's cookies

Salam,

Kali ni nak share, doter i nyer cerita, Camelia. Alkisah kengkawan dia adalah datang rumah KB, last raya, lama dah.. diorang pun dijamu makan Choc Chip n Almond Nib Cookies. Kebetulan ada extra waktu tu, terkejut KB habis 2 balang!! Lepas hari tu, Camelia inform, ramai yang mintak KB buat lagi , tetapi disebabkan order kek dan lain2 tak sempatlah nak buat.

Kebetulan masa Khairil nyer birthday hari tu, KB adalah buat cookies tu as Gift Pack pada guest. Camelia pun bawaklah pada kengkawannyer yang dah lama bertanyakan cookies tu... tak lak sangka anak mak dah buat bisnes. Dijualnyer pack tu kat sekolah dia.Udah sekarang hari2 KB terpaksa membuat cookies, 50 packs, 38 packs..60 packs. Smpai malam kul 11 malam puna ade lagi sms nak order... huh larisnye Camelia....he he he memang anak mak...


Camelia's cookies




Tuesday, July 6, 2010

KB dalam Kosmo

Welcome visitors to my humble blog,

Kepada pengunjung blog yang baru mengunjungi blog KB selamat datang, di blog ni KB alu2kan komen membina dan kepada rakan2 bakers, semoga dapat menambah rakan2 network. bolehlah kita bertukar2 idea...dan kepada yang berminat nak bisnes dengan KB atau nak order salam perkenalan.

Hari ni adalah hari yang amat bahagia bagi KB sebagai orang yang boleh kata newbielah dalam baking world ni... Kepada akhbar Kosmo thank you so much for featuring KB dalam slot infiniti tamu blogger. Khusus kepada editor dan juga kepada wartawan Cik Rosmalina terima kasih yang teramat sangat. Nanti kita hantar kek pada u ols...??OOh... pasti kami sekeluarga akan menjadi peminat setia Kosmo selepas ni... Sebelum nipun dah memang peminat Kosmo sekarang lagi melekat...hehehe.

Kueh raya: order n samples...



Salam,

To all visitors welcome, pada yg FIFA fans tu, dan yg order kek bola thanks for ur support. Order carrot cheese ini from Ida of Tkt 2, thanx again dear. Wanted to draw image kelelakian tp because kesuntukan masa maka inilah jer hasilnya....



Demam nak posa/raya pun dah kian kuat. Tailor semua dah tutup penempahan. Hah!! KB sedang dalam proses membuat sample kuih . Pada mereka yang nak order secara borong sila emel details. Pack untuk sample pun boleh dibeli dengan harga RM10 lengkap satu set. Untuk memastikan kualiti produk, KB hanya akan fokus kepada 4 produk sahaja iaitu: 1. Chocolate Chip n Almond Nibs Cookies 2.Makmur diraja 3.Coklat Kristal 4.Tart Nenas with cheese. Buat masa kini sedang usahakan beberapa lagi jenis kuih yang dijamin sedap, khusus untuk pelanggan KB. Akan update kemudian.




Dan untuk makluman, kueh raya bagi order secara pukal/borong akan ditutup pada 7 Ramadhan atau 17 Ogos 2010. Bagi order secara bukan borong sila emel ya... delivery pada mana2 destinasi Malaysia akan di uruskan.